selamat menjamu minda...

Image Hosting

Tuesday, May 26, 2009

Chapter 10

Free Image Hosting
"wah.. cantiknya dia.. kenapalah aku tak secantik dia.." Emm.. mengapa mesti nak jadi cantik? haha.. soalan yang baik! soalan yang baik akan memberikan jawapan yang yang akan membuatkan kita akan lebih berfikir.. jawapan kepada soalan tadi adalah.. siapa yang tak nak jadi cantik? haha.. siapa? orang gila saja yang tak nak.. memang kita perlu nampak cantik, namun janganlah sampai melebihi batas fikiran dalam mengejar kecantikan.. maksudnya sampai menyusahkan sendiri, menyakitkan diri dan yang paling penting menyimpang dari ajaran agama..
kadang-kadang insan lupa bahawa mereka telah memahami kecantikan itu dari luar padahal hakikat sebenarnya kecantikan itu adalah dari dalam..(macam selalu dengar jer kan) sebenarnya tak usahlah dikejarkan kecantikan yang di luar itu kerana di dalam diri kamu telah dizahirkan bersama kecantikan yang hanya menunggu masa untuk kamu serlahkan.. seperti.. dia nampak cantik kerana budi bahasanya.. dia nampak cantik kerana kepandaiannya.. dia nampak cantik kerana gurauannya.. ah.. cukuplah tu nanti ada yang membangga diri.. haha.. nanti kita sambung lagi.. salam dunia..
Untuk muslimin dan muslimah..
Yang penting adalah..
1.kecantikan Jiwa (jamâl al-Rûh)
2.kecantikan Akal (jamâl al-’Aql).
3.kecantikan diri (jamâl al-Nafs)
Rasululah saw bersabda: ''Ketahuilah di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik, maka baik pulalah seluruh perbuatannya. Dan, apabila ia rusak, maka rusak pulalah seluruh perbuatannya. Ketahuilah itu adalah hati.'' (HR Bukhari dan Muslim).
P/S: terbuktilah kecantikan dari dalam itu lebih penting.. hahaha

Saturday, May 23, 2009

Intermission..

Woi..
Apa yang kau bicarakan ini..
Menghiburkan hati..
Tunjukkan padaku definisi hiburan..
Yang kau bilang menghapus kebosanan..
Em.. memang dalam angan..
Mereka.. yang kau bilang aku punya kawan..
Hahaha.. Kawan..
memang dalam angan..
Keseronokan..
memang dalam angan..
Percutian..
Memang bosan..
Free Image Hosting

Thursday, May 14, 2009

Intermission..

Image Hosting

hari sudah petang..
lekas kau pulang..
emak kau bimbang..
lekas kau pulang..
rindu mula datang..
lekas kau pulang..
jalan kau menyimpang..
lekas kau pulang..
lekas kau pulang..
lekas kau pulang..
cukup..
jangan bimbang..
kerna.. aku sudah pulang..
syukur ku bentang..
pada yang maha penyayang..

Tuesday, May 12, 2009

Chapter 9

Assalamualaikum.. kali ini mungkin topik yang agak mementingkan diri sedikit. he3. . Pasal aku dah balik ke rumah.. di Kuching, Sarawak.. last balik. em.. raya tahun lepas.. Pergh. what can i say.. eventhough i'm a man.. but man do have sort of feelings too.. I'm not shy to say that i miss my family.. coz.. they are my family... aku, kalau balik ke kuching, mesti flight malam. why? the secret is.. permandangan di Kuching pada waktu malam dari atas memang superb.. tak percaya? try it yourself.. tiket ke Kuching pun murah sekarang ini.. He3..
Sorry.. for being selfish.. hope you all enjoy your holidays..

Image Hosting


Gelap tanpa bulan..
kabus penuh awan..
aku tak nampak bukan buta..
aku tak ingat bukan alpa..
kemudian..
satu persatu nampak cahaya..
tersusun indah di bawah sana..
seperti pelita di bulan ramadhan..
cahaya yg indah menerangi jalan..
terima kasih pada Mu..
Aku kembali lagi ke situ..

Monday, April 27, 2009

Intermission..

Image Hosting

Aku letih..
riak berbeza yang mereka tagih..
yang jauh harap ku meraih..
yang dalam kuat menagih..
tapi bukan letih kerana aku yang bersedih..
Aku letih..
bila mereka, realiti, dan imaginasi mengerlih..
mereka ingin bertatih..
dunia ingin dipulih..
imaginasi tak sudah putih..
tapi adakala rasanya gurih..
Dia yang tak pernah letih..
di arash-Nya tetap menabur kasih..

Tuesday, April 21, 2009

Chapter 8

Image Hosting
Boleh... Awak boleh apa? Boleh ubatkan orang? Boleh skor wlpun stdy last minute? Boleh nyanyi sedap? Boleh tahan maki? Ye ke boleh ni? Mana boleh kalau macam ni.. Semua awak boleh..

OPS!!! Boleh pulak tak puas hati.. tak boleh macam tu geng.. Awak boleh tengok dunia ni pun dah patut bersyukur.. sebab ada yang tak boleh.. mereka boleh sebab Dia yang nak.. Dia nak bolehkan sebab Dia tahu.. tapi kalau awak tak boleh buat.. tak boleh dapat.. tak boleh terima.. boleh lah mula bertaubat.. sebab,mana boleh tak percayakan Qahda dan Qadar.. Awak dah besar dah boleh fikir sendiri kn?

Monday, April 13, 2009

Chapter 7

TENANG.. bukan senang. tak semua orang boleh tenang.. Sebabnya Si TENANG ni memang banyak musuh, dah macam ahli politikus(ops terlebih sudah).. di sebelah kanan terburu tak sabar menunggu, sebelah kiri marah berkobar-kobar, di belakang terlebih bersemangat(over excited) tak boleh nak tahan.. pendek cerita memang keliling pinggang musuh Si TENANG..

TENANG.. cool.. bukan cold.. bukan juga Daddy Cool (lagu yg dinyanyikan oleh Boney M)...
apa jua masalah, kerumitan atau pun cubaan yang datang, ianya bukan sekadar datang kosong.. bukan sekadar menyusahkan.. membinasakan.. mencelakakan.. TENANG... fikir semula.. siapakah yang anda tahu pernah menerima dugaan yang hebat? apa pun jawapan yang anda semua fikirkan, walaupun berbeda tapi satu persamaan yang mereka ada.. MEREKA ADALAH ORANG YANG HEBAT! hanya orang yang hebat sahaja LAYAK menerima dugaan yang hebat!

Image Hosting


TENANG.. jangan runsing.. TENANG .. jangan pening.. sekiranya anda ditimpa musibah besar, jangan salahkan diri, jangan salahkan tuhan.. cuba berTENANG.. dan bila anda sudah TENANG.. anda akan sedar, pertolongan sentiasa ada.. takkan habis udara walaupun kita sedut berkali-kali..

aku ini bukanlah pakar motivasi jiwa, atau fabrikasi minda.. cuma ingin berkongsi teori..

and for muslimin and muslimah..

Image Hosting

Thursday, April 2, 2009

Intermission..

Free Image Hosting by FreeImageHosting.net


Indahnya dunia..
Jika ditutupkan mata..
Tak tergambar zat-zat Nya..
Kerna..
Dunia itu lebih bermakna..
Lebih sempurna..
Suci tanpa dosa..

Indahnya peribadi..
Jika ditutupkan badan..
Dibalutkan dengan kain kesabaran..
Dipintalkan dari benang-benang ihsan..
Dan..
Dicorakkan dengan warna-warni insan..

Indahnya perasaan..
Jika dikongsi dengan teman..
Digetarkan dengan al-quran..
Tidak hanya memandang tapi merasa..
Tidak hanya sayang tapi menjaga..

Janganlah berbakti untuk meminta..
Dan tak berbudi bila menerima..
kerna Dia bukan hamba..
Itu kita..

Wednesday, April 1, 2009

Chapter 6

Merajuk.. hahaha.. topik yang hangat!! sebenarnya merajuk ini sangat unik kerana 90% daripadanya diceritakan oleh bahasa tubuh. Tak percaya, mari saya buktikan.. mari, mari, mari,..

Free Image Hosting

sekiranya seseorang itu merasa merajuk dengan anda, anda akan merasakan atmosfera sekeliling anda amat berlainan daripada biasa, sesak dan tidak selesa.. seolah-olah diri kita diperhatikan oleh pemangsa...( yang ini mungkin sudah melebih-lebih) pada ketika itulah anda cuba perhatikan dirinya.. perwatakan, rentak dan ekspresi wajahnya.. adakah perwatakannya berubah-ubah.. rentaknya cepat.. dan ekspresi wajahnya seakan-akan marah tapi tidak.. dan bila ditanya.. sebagai contoh.. "Jom papa bawa adik gi jalan-jalan?" dan jawapannya "tak nak.." sah dia merajuk, dan sekiranya jawapannya lebih panjang maka tahap rajukkannya lebih kuat.. sebagai contoh.. "Bro lu nak wa tolong ajar?" ... " tak payah, wa boleh cari sendiri.." dan sekiranya jawapannya berunsurkan sindiran, anda harus berhati-hati sedikit, sebagai contoh.. "awak marah dengan saye ke ni?"... "tak, saye tak marah, saye suke sangat.."

seandainya rajukan itu pada tahap kritikal.. ianya akan diceritakan 100% melalui bahasa tubuh contohnya, jika di tanya, dia akan diam, menjeling atau lebih menakutkan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan seperti berhenti dari melakukan sesuatu yang dilakukan sebelum itu, merenyukkan kertas atau kain (sekiranya memegang kertas atau kain pada ketika itu) dan paling menakutkan ialah berlari masuk ke bilik tidur ( payah kes ni, mungkin terjadi kepada suami dan isteri sahaja).

merajuk bukan hanya mendekati pasangan bercinta tetapi hal-hal lain juga, seperti persahabatan, kekeluargaan dan lain-lain lagi.. merajuk tidak seharusnya dikendalikan secara rasional tetapi emotional.. bemain dengan perasaan bukan pemikiran..

Friday, March 20, 2009

Intermission..




ingin sahajaku meniup kata nahu..
menyeru kepada roh mereka yang layu..
kembali perjuangkan khazanah yang dulu.
yang kita simpan hingga beranakkan debu..
dan kita kunci mati di dalam peti..
dan kita simpan terus dalam hati..
tak pernah ambil peduli..
tak pernah mengerti..
akan nilainya satu hari nanti..

ingin sahaja aku meneriak kata kesat...
biar mereka marah biar mereka berdebat..
biar mereka sedar siapa jebat..
siapa pertualang yang mengundang musibat..
yang menjual khazanah negara kepada barat..
hanya kerna ingin sedarjat..
sedarjat apa kalau jatinya tak kelibat..

ingin sahaja aku berhenti kerna letih..
tak sanggup mendengar khazanah itu merintih..
ia menangis dan merayu agar diraih..
tapi..
kita masih punya waktu..
kita masih punya ilmu..
kita masih ada jalan..
kita masih ada harapan..
kerana ini khazanah kita..
walaupun tak berharga di mata..

ingin sahaja ku menjadi nelayan..
nelayan bahasa di tengah lautan..
lautan ilmu di dasarnya pemikiran..
sesekali ombak memukul sampan..
sampan yang penuh dengan tangkapan..
hasil berlayar di lautan gelora..
akan ku tayangkan pada mereka..
pada dunia..
nilai khazanah kita..
bahasa kita..

P/S: umpanan ilhamku adalah dari,
Suara dari dinding ( A.Samad.Said)
Tongkat Bangsa (Lintang)

Tuesday, March 17, 2009

Chapter 5

mengisi hati dengan berani.. memang payah..perkataan berani itu sendiri memiliki harga nya yang tersendiri dan tidak semua mampu untuk memilikinya.. apatah alagi untuk disematkan dalam hati nurani..

kita kena berani! berani melawan..berani bangkit.. berani mencuba.. berani berubah.. dan berani itu bukan pada zahirnya yang diutamakan tetapi pada hati! " lu apasal muka hijau...
wa muka hijau talak hal.. yg penting hati manyak merah.." itu yg pernah dinyatakan oleh salah seorang comrad ku.. mungkin berbaur sedikit.. faham-fahamlah sendiri..hehe.. tetapi inilah adlh slh satu contoh yg boleh kita adaptasikan...

bukan berani untuk segala-galanya.. jangan silap di situ... target kita bukan lah berani membuta tuli.. itu berani anjing.. betul.. kalau anda perasan.. anjing yg dibela untuk menjaga rumah memang berani.. apa sahaja yg masuk ke kawasannya akan di kejarnya.. walaupun mereka tak sedar yg dikejar mangsa atau pemangsa.. bukan itu sahaja.. kerana keasyikannya mengejar mangsa sehinggakan rumah yg di jaga tak terjaga... perkara ini pernah dibuktikan dalam rancangan Discoverery Channel, mythbuster. dimana dalam rancangan itu mereka membuktikan bahawa penggunaan anjing sebagai penjaga rumah memang tidak selamat.. dalam slot itu mereka telah membuat satu kandang yang besar... di letakkan sebuah kotak di tengah-tengah kandang itu.. dan disediakan seekor anjing di dlmnya.. misi mereka adalah untuk mendapatkkan benda di dlm kotak itu.. dengan mudah mereka melakukannya... salah seorang mereka di jadikan sebagai umpan kepada anjing tersebut.. dan seorang lagi berlari pergi mengambil benda di dalam kotak itu.. anjing tersebut hanya fokus untuk mengejar umpanan dan tidak lagi peduli pada kotak yg dijaganya.. betapa bodohnya anjing kan... bayangkan kalau situasi tadi terjadi dalam realiti.. pastinya orang yg di dlm rumah itu sudah mati di bunuh penyamun.. berani membuta tuli hanya membawa kepada kebodohan dan kehancuran bukan kejayaan..

kita sering mendengar kata-kata seperti "berani kerana benar" tapi cukupkah keberanian itu untuk menegak kebenaran? berani seperti itu sudah dimakan zaman.. kerna manusia sekarang lebih berani untuk menegak benang yang basah..

biar kita nampak bodoh tapi hati kita teguh..
daripada nampak gagah tapi hati kita goyah..

Thursday, March 12, 2009

Chapter 4

Mencari sesuatu yang ada tapi tak kelihatan. Perkara ini selalunya kita eksperimentasikan di dalam hidup kita secar lansung mahupun tidak. Mungkin ramai lagi yang tidak sedar akan perkara ini walaupun ianya sudah lama terzahir dalam diri mereka. sebenarnya ianya adalah bentuk kehidupan kita, kehidupan yang kita lalui sejak azali lagi memandangkan kehidupan itu tidak mempunyai bentuk simetri. sekiranya kehidupan itu adalah simetri maka semua kita ini boleh menjadi Nostradamus a.k.a. Michel de Nostredame.

pada mulanya aku sendiri tidak menyedari akan perkara ini walaupun pernah dinyatakan oleh salah sorang comrad ku. dia sendiri pernah menyarankan kepadaku untuk melakukan satu eksperimen ringkas.. pada hari itu aku mempunyai kelapangan dan ingin mencubanya dan ternyata.. hipotesis yang diperolehi adalah tidak dalam jangkaan aku kerana ianya membawa kepada kesimpulan yang tak tersimpul.. haha.. terima kasih lintang. pengalaman itu akan menjadi titik permulaan kepada satu tabiat.. hahaha...

apa yang aku maksudkan dengan 'ianya sudah lama terzahir dalam diri mereka' adalah, perkara ini sememangnya kita lakukan. sebagai bukti, manusia mengejar cinta, cinta yang abadi, namun tahukah mereka bagaimana rupanya cinta itu? tapi yang pastinya mereka tahu cinta itu ada. selain itu bagi seorang mukmin yang mencari keredhaanNya dan mengejar pahala, mereka tahu pahala dan keredhaanNya itu tak bisa digambarkan tapi mereka yakin akan kewujudannya!

sekarang persoalan nya, apakah semua yang kita cari dapat di temui? rasanya jawapan yg paling hampir kepada tepat adalah.. bergantunglah..
1) bergantunglah kepada usaha yg dilakukan..
2) bergantunglah kepada cara yang digunakan..
3) bergantunglah kepada kesungguhan yang diberikan..
4) bergantunglah kepada subjek misterius no 1.. iaitu nasib.. hehehe..
5) bergantunglah kepada Nya..



Wednesday, March 4, 2009

Intermission..




Tangisan mereka tak lagi basah..
siang dan malam berlaukkan gelisah..
setiap masa mereka didampingi payah..
melalui lopak air darah..
itulah palestina yg menjadi kisah...
kisah realiti bukan sejarah..
pecah hatiku memandang wajah si anak ini..
kedua belah pipi nya di cium api..
mulutnya tak berhenti memanggil ummi..
tangan kecilnya menadah ke langit tinggi..
Zionis...
kau memang bangsa yg kejam..
kau memang patut di kecam..
si kapitalis yg pendendam..
ke hulu hilr membawa kontradiksi hitam..
terguris di hati kita kerana kita adlh insan..
yang hanya mampu mendermakan doa dan harapan..




suara hati mereka telah membisikkan satu melodi. kemudiannya di satukan dengan lirik lalu menghasilkan sebuah lagu. dan setelah diberi nama akhirnya lagu tersebut bernafas dengan sendiri.. dan setiap hembusan nafasnya menceritakan penderitaan palestina..


Derita Palestina

Luluh jiwa diri dan merayu..
Padamu tuhanku..
tuhan gadailah jiwa..
Ini demi islam..
Biar tercalar jiwa..
Dan terluka seluruh diri ini..
Asalkan terhapus pedih palestina..

Ramai sudah jiwa yg terluka..
Dalam penindasan..
Berkurun lamanya..
Kudsi menangis..
Tak luntur semangat mereka..
Terus pertahankan kesucian bumi anbia..

Berjuanglah ya mujahidin..
Terus mara menggapai cita..
Ku kirim doa air mata..
Memadam, api kesombongan yahudi..

Tak rela rasa mengenang..
Al aqsa terus di hina.
Ingin ku menyusur jalan syahid..
Wangian syurga..

melodi : mahar
lirik : lintang

Ok x brader J? hehehe..

Friday, February 27, 2009

Chapter 3

3 subjek misterius yg sentiasa tepantul di cermin kehidupan masyarakat kita iaitu nasib, hantu dan cinta..

bermain dengan nasib bermakna bermain dgn kewarasan.. itulah subjek misterius yg pertama iaitu nasib.. nasib memang misterius.. salah satu sebabnya adalah kerana nasib adalah diantara pemandu kejayaan yg nyata.. semakin besar kejayaan itu semakin tergoda nasib untuk berdamping.. disebabkan itulah ketaksuban orang kita semakin menjadi-jadi.. segalanya akan diberikan untuk mengikat nasib.. supaya kertas hijau mereka smakin tebal.. kerusi semakin empuk.. kereta semakin berkelompok.. dan ini belum diperlihatkan lagi sisi buruk nasib iaitu malang... mendengarnya shj sudah membuatkan org lebih takut akan nya berbanding Pencipta mereka. sanggup menggadai akidah demi membuang sisik-sisik malang yg dikhuatiri melekat di kulit mereka..

Subjek yg kedua... Hantu....... wujud kah mereka? Mengikut kajian lisan yg telah dibuat terhadap masyarakat melayu (orang veteran..hehehe) hantu itu wujud! terdapat beberapa ketegori hantu yg telah aku selidik dan terus diklasifikasikan jenis-jenisnya. yg pertama jenis terbang. sememangnya paling popular adalh kak pon dan langsuir. next, jenis berjalan atau berlari, antaranya hantu galah,toyol atau makhluk berbulu.. seterusnya ketegori melompat.. sememangnya yg terkenal ialah pocong dan hantu cina( yg selalu dlm cita hantu cina), kemudian jenis air dn sudah semestinya hantu air.. dan yg paling penting sekali dari kesemua yg d tulis td belum ada satu pun pernah ku jumpa.. maksud ku di sini bukannya utk memberitahu nahas itu kawan ku tetapi syukurlah deria ke enam ku bukan berunsurkan elemen misterius.. namun begitu, aku masih musykil.. terdapat satu pengalaman yg menjadi tanda tanya kepada ku.. adakah itu yg dimaksudkan hantu?
Malam itu terasa sungguh merana kerana berperang dengan sipetualang yg bermaharajalela dikala dini hari itu.. semakin lama semakin gatal.. dengan sejuknya lg, terasa kemenangan bukan di sisiku.. banyak nya nyamuk! aku membuka sedikit mata ku dan melihat ke arah pintu bilik d asramaku.. Sial! kedua-duanya terbuka luas .. baru saja aku tergerak nk menutupnya, aku terpandang sesuatu.. atau seorang.. entah masih samar mungkin disebabbkan mata yg kelat.. ku pejam kembali mataku dan melihat nya sekali lagi.. sah! memang ada seuatu yg bercanggung di atas katil teman sebilik ku..!ku amati benda itu atau makhluk itu tinggi melepasi loker kami.. hitam dan pekat! aku mula cuak.. gatal-gatal tadi berganti gigil.. aku pejamkan mata dan cuba utk tidur, tapi masih tak dapat.. kemudian kedengaran bunyi loker rakan disebelah ku di buka.. sial! makhluk ini di sebelah aku ke? selepas itu TAP! aku x ingat lagi mungkin terpengsan.. hehehe.. keesokkan harinya aku sememangnya buat tak tau sebab 90% otak kiri ku menyatakan itu semua mimpi semata.. petang nya itu aku balik sedikit lambat dan sampai di muka pintu, aku terdengar teman-teman sebilikku bergossip.. "besar.. klu x silap aku lebih tingggi dari loker.. " menyirap darah ku mendengar nya..
namun satu kajian telah dilakukan dimana ia menyatakan bahawa mereka yg selalu minum kopi akan lebih senang bertegur sapa dengan makhluk yg dinamakan hantu ini.ini dapat dibuktikan oleh kajian lisan yg lebih dari 95% orang yg menyatakan kewujudan hantu itu terdiri drpd org tua.. aku masih teringat lagi dlm satu slot rancangan Tanya Linda yg mebicarakan topik Hantu dimana turut sama sekali adalah Datu Fadzilah Kamsah dan Syed Abdullah Bin Syed Hussein Al Attas(uncle seekers).. yg plg ku ingati adalah satu petikan ayat yg dinyatakan oleh Dato, klu tak silap aku ayat nya.. "dalam Al-Quran memang ada di nyatakan tentang Jin, Iblis dan syaitan.. tetapi satu pun tak ada tentang hantu.." jadi?


utk subjek yg seterusnya sememangnya indah.. kontra sama sekali dgn subjek sblm ini.. iaitu cinta.. cinta ini memang mengkhayal.. menghanyutkan.. terumbang-ambing.. diri di ibarat kan seperti dlm lagu Dancing In The Moon Light yg dinyanyikan oleh King Harvest..
yg jauh terasa dekat.. yg lancar rasa tersekat.. yg ditelan tak rasa kelat.. yg di pegang tak rasa kuat.. prcayalah ini bukannya sesuatu yg dibuat-buat.. sebelum memperolehinya terpaksa berdepan dengan Rasa Indah Nyatanya Dari Udara.. ini nama panjang nya, dn sememangnya tak di kenali ramai, tp klu di ringkaskan menjadi R.I.N.D.U.. semua tahu kn? hehehe.. misteriusnya subjek ini adalah pengaruh nya dalam diri kita.. sehinggakan ada yg sanggup menempah hotel tinggkat 7 bwh, sebagai kesimpulan hidup akibat penangan cinta.. nanti akan ku ceritakan lagi subjek ini kerana takkan cukup ruangan ini utk membiaskan warna-warna cinta itu.. so..kesimpulannya.. semuaini bergantung kepada Nya.. sekiranya KehendakNya adlh spy nasib, hantu atau cinta itu berlari kepada kamu.. tunggu sahaja di situ pn sudah memadai..

Chapter 2

kawan.. sahabat.. teman.. semuanya adalah di atas satu garis yang sama.. tahukah anda lagu Zakiah yg asalnya dibawakan oleh Sweet Charity, kemudian dinyanyikan semula oleh Hattan dengan arrangement muzik yg lain dan terbaru lagi dinyanyikan oleh Kumpulan Ahli Fikir.. walaupun rentak dan iramanya berbeda namun lagunya tetap sama.. citarasa dan penilaian seseorang terhadap lagu itu bergantung pada jiwa masing-masing... begitu juga dgn sahabat.. kita semua mempunyai sahabat, tetapi untuk mngklasifikasikan seorang itu sahabat yg baik atau tidak, hanya kita saja yg tahu..

aku pernah mendengar satu ayat yg mengatakan 'sahabat adalah seseorang yg akan menjadi sokongan terakhir di saat kita hendak tumbang'.. mungkin betul atau mungkin tidak. .. pengalaman memiliki sahabat pastinya salah satu dari nikmat yang telah diberikan dan jarang kita syukuri... maksudnya jarang ada yg mendoakan sahabat-sahabat mereka.. kisah sahabat mengingatkan aku semasa minggu pertama aku di sini, dimana aku menghadiri sesi usrah bersama 7 org lelaki di surau kolej kediaman, ketika itu cuti hari raya aidil adha, kebanyakkan pelajar sudah balik meraikan aidil adha bersama keluarga, aku merasa teramat segan dalam sesi pengisian seperti ini , mungkin sebab terlalu lama sudah ku tinggalkan, kalau tak silap kali terakhir adalah semasa di sekolah menengah. hehehe lama kan.. pada sesi tersebut seorang sahabat yg baru aku kenali telah membicarakan tentang pentingnya seorang sahabat dimana beliau mengatakan sekiranya seorang sahabat itu benar-benar ikhlas terhadap kita, maka setiap apa yg dia doakan kepada kita insyaalllah di makbul kan,dan setiap kali kita mendoakan mereka bukan shj persahabatan itu semakin kukuh malah kita akan menjadi lebih disenangi dikalangan sahabat kita.. percayalah kerana aku sudah mengalaminya..

segala yg bermula pasti akan berakhir, dan setiap pertemuan pasti akan di sambut dengan perpisahan.. ai..sudah muak mendengar ayat-ayat seperti ini.. tetapi mengapa kita tidak menyedari bahawa berakhirnya sesuatu itu lebih baik daripada permulaannya.. dan perpisahan itu lebih beerti daripada pertemuan... di uthm ini aku telah dibukakan mata hati ku mengenai intipati persahabatan.. sebelum datang ke sini aku sentiasa memikirkan bagaimana agaknya kehidupan aku nanti tanpa ditemani rakan sekelas ku di Politeknik Kuching.. payah rasanya.. tetapi aku tetap dengan keputusan ku untuk memasuki alam universiti walaupun 2 sahabat baikku menarik diri di saat-saat akhir.. aku menghormati keputusan mereka kerana itu hak mereka, mereka tahu apa yg mereka inginkan.. tidak lama selepas itu tertampal lah satu poster besar di ruang hatiku yg mengambarkan seorang lelaki, bertopi, berseluar pendek paras lutut, menyandang beg pack, membelakangi dirinya sambil mengangkat tangan nya.. di atasnya tertera Campus life.. hahahaha..


aku tidak pernah menyedari disebalik kegusaran aku sebelum menjejakkan kaki ke alam baru ini rupa-rupa ada diselitkan sekali satu skrip cerita. dimana ianya menceritakan pengembaraanku dlm mengharungi suka duka di alam baru ini.. dan yg paling penting bagaimana aku menjumpai barisan laskar pelangi, seperti ikal dalam karya Andrea Hirata, yg sedikit demi sedikit membentuk satu corak indah di baju kehidupanku ini... kesimpulannya? dalam seluruh penceritaan mengenai persahabatan, bab yg paling penting adalah perpisahan, sedarlah bahwa dalam konteks persahabatan, perpisahan membawa maksud satu evolusi baru sedang bermula, dimana diri kita sebenarnya sudah bersedia untuk menemui sahabat-sahabat baru yg akan bersama-sama kita melakar satu lukisan abstrak yg indah dalam hidup kita ..

Thursday, February 26, 2009

Chapter 1

perubahan sentiasa ada dalam diri masing-masing.. seperti adrenalin dalam darah yg mengalir di dlm badan, hanya menanti saat tercetus.. Ianya bukanlah sesuatu yg menghairankan jika mengalaminya, kerna sampai satu saat setiap org akan mengalami nya tanpa mereka sedari.. ini sudah mejadi satu aturan dlm hidup kita dan sebagai bukti kebijaksaanaan tuhan dalam mencorakkan kehidupan kita.. wujudnya perubahan itu dapat dibuktikan dengan namanya.. sebagai contoh perubahan kanak-kanak kepada perlakuaan yg mirip kedewasaan dinamakan remaja.. sedarkah kita bila saatnya kita berubah dari seorang kanak-kanak kepada remaja?


kehidupan memang adil, klu tidak adil bermakna kta mempersoalkan kekuasaan tuhan, betul tak? hahaha … semua nk berjaya, nk kaya raya, nk hidup bahagia, memang lah.. sapa tak nk? org gila shj yg tak nak.. tapi mesti ingat, klu dah mintak bukan main banyak, jangan lh songeh pun banyak.. paham-paham sendiri la.. hehehe

Kegagalan.. Kegagalan sudah seperti kenalan bagi aku, biasala aku ni stok org yg bukan la pandai sangat.. mesti la ada sangkut sikit-sikit.. hehehe.. dah macam2 versi aku dengar org membicarakan tentang kegagalan, ada yg bg tau kegagalan adalah kejayaan yg tertangguh kegagaln adalah percubaan awal untuk berjaya,.. kegagalan adalah ibu yg akan melahirkan kejayaaan… dan yg paling best sekali dan membuatkan aku bersemangat ialah hanya org yg pernah mrasai kegagalan tahu betapa manisnya kejayaan! hahaha

landasan kehidupan berkaitkah dengan angan-angan? entahlah.. tp klu nk cerita pasal berangan, tak da hal punya.. ia memang salah satu dari kehebatan aku… hahaha.. taklah selalu tapi klu sekali berangan memang kaw-kaw punya lah.. tapi, berangan bagus ke tidak? kalau mengikut ajaran ortodoks , berangan tak bagus.. nanti jadi macam mat jenin.. dulu aku dalam kelompok mereka yg berfikiran sedemikian, tp seorang sahabat telah menyedarkan aku, bhw Mat Jenin itu adalah seorang yg berjaya....jika dia masih hidup.. sayang sekali kejayaannya tak terbukti di sebabkan ajal.. klu dia masih hidup sudah tentu dia akan meneruskan perancangannya dan akhirnya menjadi lagenda, bukan sekadar mitos masyarakat melayu.. kalau nak menjadikan angan-angan sebagai landasan kehidupan bukanlah satu perkara yg mustahil tapi harus diingatkan kpd yg muslimin dan muslimah, landasan bg kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah.. klu nk membicarakn perkara ini aku memng agak sedikit pengetahuan ku tetapi dengan kuasa tuhan yg maha esa, aku di berikan sahabat, yg sedikit sebanyak menabur benih-benih ilmu agama di fikiranku.. nanti akan ku bicarakan tetang apa yg aku telah pelajari dari sahabatku ini.. berbalik kpd persoaalan td, terdapat ramai mereka yg berjaya yg bermula dengan angan.. antaranya, camelia yg mengaku dia pernah berangan menjadi artis semasa kecil, kate winslate yg berangan menang oscar ketika beliau masih kanak2, steven spielberg, steve tyler dan banyak lagi..

so? kesimpulannya? dalam satu persoalan akan timbul satu lagi persoalan.... dan jawapan akan semakin dekat.... sekiranya dalam proses itu kita paham... maka jawapan akan menunjukkan diri…