selamat menjamu minda...

Thursday, April 2, 2009

Intermission..

Free Image Hosting by FreeImageHosting.net


Indahnya dunia..
Jika ditutupkan mata..
Tak tergambar zat-zat Nya..
Kerna..
Dunia itu lebih bermakna..
Lebih sempurna..
Suci tanpa dosa..

Indahnya peribadi..
Jika ditutupkan badan..
Dibalutkan dengan kain kesabaran..
Dipintalkan dari benang-benang ihsan..
Dan..
Dicorakkan dengan warna-warni insan..

Indahnya perasaan..
Jika dikongsi dengan teman..
Digetarkan dengan al-quran..
Tidak hanya memandang tapi merasa..
Tidak hanya sayang tapi menjaga..

Janganlah berbakti untuk meminta..
Dan tak berbudi bila menerima..
kerna Dia bukan hamba..
Itu kita..

2 comments:

  1. semakin halus penjiwaannya..
    mudah-mudahan terhimpit nafsu dengan akal yang dipandu oleh kalbu itu agar tepancar sinaran roh itu.. sama-sama kita berjalan.. selamat berjaya..

    ReplyDelete